Kementerian Pertahanan bersedia mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) susulan insiden HTMS Sukhothai yang karam di Teluk Thailand, sekiranya diperlukan.<br /><br />Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pihaknya telah menghubungi rakan sejawatnya di Thailand untuk menawarkan bantuan tersebut.<br /><br />Pasukan SAR itu boleh digerakkan pada bila-bila masa.
